NEXT WEEK ! GET YOUR MENTAL AND PHYSICAL READY !

Hello, nice to meet all of u again ! 

Alhamdulillah syukur, ada P1 angah, so bolehlah aku update blog yang rasanya dah lama tak update. Line P1 masih laju heheeh . Last entry bulan sept 2014 tahun lepas. iya, TAHUN LEPASSSSS!

Tahun lepas, tahun terakhir aku bersekolah, pakai uniform sekolah, pakai nametag sekolah, lencana sekolah. Ah, senang cita semua sekolah la! And yes, this year, aku akan masuk UNIVERSITI ! *menangis* this year, this year this year *Mak Jemah kecoh*  Harap dapat Uni yang dekat hahaha bolehlah balik rumah selalu hahaha ceh jangan nak mengada. --"

Okaylah, straight to the topic kita harini la.. NEXT WEEK ! Maybe pada yang bukan batch 97, dorang akan pelik. Kenapa dengan 'next week' ? However, untuk batch 97, next week adalah hari yang paling buat kami ni kecut perut. Mungkin tak bagi korang, tapi bagi aku, iyaaa!!! 

3 Mac nantilah hari yang dinantikan oleh semua pelajar hahahahaha keputusan SPM KELUAR ! yay sikit. On that day, kita akan tengok macam-macam reaksi. Gembira, sedih, speechless, surprise dan mungkin akan ada histeria hahaha ish jahat aku. minta2 dijauhkan.. heee.. Kita dah buat yang terbaik, dan habis baik. so pada hari ambil result nanti, kenalah redha dengan apa-apa result yang kita dapat. (Usaha > Doa > Tawakal > Syukur *dpt result*)

Kenalan aku pernah cakap "Orang yang gagal SPM ni, tak semestinya dia gagal dalam kehidupannya. kadang tu, dia lebih berjaya daripada kawan2 dia yang cemerlang SPM." And aku mmg sokong 100% kata-kata beliau. Kita sama-samalah berdoa supaya dapat kejayaan yang cemerlang duniya wal akhirah. Insha-Allah.

NotaTangan: Blogskins baru and tak ada lagu. credit to Miichiko sebab buat skins yang cantik utk blog. 

NotaKaki: 3rd March, phone mood >>>>> OFF *hahaha*