Ramadan Al-Mubarak

Assalamualaikum, hye readers.

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik *kalau tak celik celik camane?* kita dah sampai bulan Ramadan. tak sangka begitu cepat sangat masa berlalu. nampak sangat semua leka dengan duniawi *termasuk aku sendiri* Astaghfirullahal'azim. 

Bulan Ramadan inilah yang paling mencabar sebab kita kena tahan nafsu. segala nafsu kena tahan. nafsu makan, nafsu shopping, nafsu aaaaa... macam-macam jenis nafsulah. tapi, di bulan Ramadan yang mulia ini kita kena tahan nafsu makan. 

macam dah jadi satu fenomena kan? apabila puasa je, bazar ramadan pun penuh dengan orang berurusniaga. ada yang membeli makanan sampai tak cukup tangan jinjing plastik. subhanallah. janganlah kita sampai jadi macam itu ya. membazir je makanan yang beli banyak2 tu. kalau nak makan untuk 10 orang tak apala, tapi kalau untuk dua, tiga ketul je nak buat apa beli banyak2. jimatlah sikit time puasa. betul tak?

Memang aku sendiri tak nafikan, kalau pergi pasar rasa macam nak beli je semua makanan yang dijual. wah, ikut nafsu betul ! aku pun sebenarnya macam tu juga, tapi pergi pasar/bazaar ramadan tu sebab nak cuci2 mata tengok air sejuk !! meleleh air liuq bak hanggg!! dengan bekas air yg dipenuhi ais tu macam perghh! menarik2 kita nak beli.. hahaha..

Kebiasaannya apabila bulan Ramadan, masjid pun ramai org datang. solat berjemaah. Alhamdulillah, mengimarahkan masjid/ surau. pahala pun dapat. :) solat tu pun kan macam exercise utk kita juga. solat ni baik untuk kesihatan tau sebenarnyaa.. kalau korang semua cari kebaikan solat mesti banyak. ada orang siap buat kajian lagi. subhanallah. :) 

kesimpulannya, marilah kita bersama-sama menempuh Ramadan dengan sempurna walaupun selangkah demi selangkah. :) wallahualam :)

nota kaki: mari doakan untuk saudara seislam kita di Palestin. Allahuakhbar 

0 comments:

Post a Comment

Komen yang elok2 tau ! terima kasih datang ke blog ni ! nanti datang lagi ek? rajin-rajinlah bagi komennnnnn~ ^.^v