Kebenaran al-Quran. Subhanallah ~

Assalamualaikum para pembaca sekalian. semoga kita sentiasa sihat selalu dan diredhai-Nya.
Lina baru sahaja habis mencari info-info tentang Bandar Sodom.

Bandar Sodom ini diduduki oleh kaum Nabi Lut a.s. Bandar Sodom ini terletak di bahagian utara Laut Merah. Bandar ini juga telah ALLAH musnahkan dengan menghantar angin ribut dan menghujani mereka dengan batu-batuan.

ALLAH musnahkan kaum Nabi Lut ini sebab mereka mengamalkan hubungan sejenis (homoseks). seperti firman ALLAH SWT dalam Surah Al-'Ankabut ayat 29 yang bermaksud

" Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu) ? dan kamu memotong jalan lalu lalang (untuk tujuan jahat kamu) ? Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di temapat-tempat perkumpulan kamu." Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek): "Datanglah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau orang-orang yang benar."

Kemudian Nabi Lut berdoa "Wahai tuhanku, tolonglah daku terhadap kaum yang melakukan kerosakan (menderhaka)" 
Lalu Allah mengutuskan malaikat untuk memberitahu bahawa Allah akan memusnahkan kaumnya dan menyelamatkan  Nabi Lut sekeluarga kecuali isterinya yang derhaka. 

Dan sekarang kita tahu ada penemuan mayat manusia yang telah berjaya dirungkai. mayat tersebut dipercayai adalah kaum Nabi Lut a.s. Menurut firman Allah S.W.T dalam surah Al-'Ankabut ayat 35 yang bermaksud 

  Dan demi sesungguhnya, Kami telah binasakan bandar itu dan telah tinggalkan bekas-bekasnya sebagai satu tanda yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang memahaminya.

Benarlah al-Quran yang diturunkan Allah buat Nabi Muhammad s.a.w dan umat baginda. bekas-bekas yang dimaksudkan dalam firman tersebut kemungkinannya adalah penemuan yang telah ahli sains temui di Bandar Sodom. untuk info yang lebih lanjut boleh ke S I N I Wallahualam. ^^

p/s: Bacalah al-Quran yang ada maksud supaya senang untuk kita memahami isi-isinya. Lainlah kalau kita pandai bahasa arab, itu lagi bagus. wallahualam. Insya-Allah kita bertemu lagi. Assalamualaikum.