Semakin panaslah.!!!


Hye2.. U all pe khabar ? Sihat walafiat ? Camne hari ni ? adakah berjalan dengan lancar ? Semoga Allah permudahkan segala urusan kita didunia dan diakhirat..
 Ho!! *terkezut sebentar* Ok2.. Seperti tajuk diatas... Apa yang korang paham ? Apa yang korang fikir ? Siapa yang panas ? Kita ? Kita memang cepat panas ! Oklah, sebenarnya, Lina nak menceritakan tentang Bumi kita yang semakin panas sekarang ni. Apa sebab bumi kita ni menjadi semakin panas ? Salah siapa ? Salah orang lain ? Bukan salah kamu ? Ceh ! Ingat, satu jari kita tunding dekat orang, empat jari lagi akan menunding dekat kita. Cewah ! Macam dalam cerita 'donut' pulak. Sebenarnya, semua ni salah kita. Sebab apa salah kita ? Baca ye! 

Salah kita?
  1. Kita kadang-kadang buang sampah merata-rata
  2. Kita kadang-kadang buat pembakaran terbuka. 
  3. Penggunaan kenderaan yang semakin banyak.
  4. Penggondolan / pembalakan yang semakin giat.
  5. Kilang-kilang semakin meningkat.
  6. Penggunaan air-cond.
  7. Bangunan yang semakin tersergam indah.
Cara-cara nak mengatasi

  1. Buang sampah ditempat yang sepatutnya. Kalau dalam kereta, kumpul sampah-sampah tu dulu, baru buang. Jangan main campak ikut tingkap je. Buang dalam tong sampah / bakul sampah.
  2. Pembakaran terbuka ni, jangan kita buat pada waktu pagi. pagi-pagi orang nak hidu udara segar, bukannya nak hidu bau asap. Jangan buat pada waktu tengahari / petang. Sebab, cuaca sekarangkan panas, nanti tak pasal-pasal api tu makin marak, nanti terbakar benda lain pulak. Bagi Lina, waktu malam boleh, tapi seelok-eloknya, kurangkan bakar sampah. Tapi, kalau malam-malam bakar sampah, boleh tolong halau nyamuk gak kan? hehe..
  3. Pasal kenderaan pula, kita kongsi-kongsila.. Minggu ni kau, minggu ni aku. TAPI! perkara ni lah yang orang tak mahu nak kongsi! Tau apa? Duit untuk bayar Petrol. Fikir free je kan?? Tak baiklah macam ni. Kata sharing is caring, tapi kalau nak share kereta, tapi tak nak caring dengan kawan, apa sharing and caring nye?
  4. Yang ini pun satu kes.Pembalakan. Memang kita memerlukan kertas, orang kata kertas diperbuat daripada kulit kayu.. tapi,kalau dah potong kayu balak , tanam lah anak pokok. tak adalah nak biarkan gondol je.. Kesian bumi ni, habis botak dia!
  5. Kilang pun sama. Kilangkan selalunya ada mengeluarkan asap. Sebaik-baiknya, letaklah filter dekat serombong asap tu. Dapatlah menapis asap yang hitam legam tu.
  6. Air-cond. Air-cond... Siapa guna air-cond? Angkat tangan!! *Lina pun angkat sekali. Hehehe.. Air-cond boleh digunakan. Tapi, janganlah buka terlalu kerap. Sekali-sekala tak apalah. (Lina bukak jarang-jarang eh!)
  7. "Wah, lawanya bangunan tu!" kita memang macam ni kan? Asal tenguk benda cantik je dah jakun.. Bangunan yang mencakar langit. Bila kontraktor nak wat bangunan, mesti dia cari tempat yang lapang, besar, selesa kan? Ada sesetengahnya,  membina bangunan di kaki bukit.. Ditebang-tebangnya pokok.. Kesian pokok.. Menangis-nangis dia! Kita dengar ke? Tak! Kita mana dengar! Allah je dengar! Tak kesian ke? Habis gondol bukit tu.. elok menghijau, terus mengkuning.. Mana taknye, tanah je sume.. Tanamlah pokok2 tu balik. 
  8. Lagi satu, jangan lupa buat kempen go green.. Ni dapat memupuk semangat cintakan bumi kita. Nak tahu lebih pasal go green ? Klik sini --> SINI SAYANG
Itulah dia, sebab musabab bumi kita semakin panas.. jangan lupa tekan link tu!.. babai! 

2 comments:

  1. Susah nak terapkan nilai-niali murni ..buang sampah dlm tong sampah pun susah..

    ReplyDelete
  2. Rajin-rajin kan lah membuang sampah..ataupun simpan dalam kocek dulu.. pastu, kat umah baru buang.. :D

    ReplyDelete

Komen yang elok2 tau ! terima kasih datang ke blog ni ! nanti datang lagi ek? rajin-rajinlah bagi komennnnnn~ ^.^v