kisah teladan: Lelaki yang mencuba untuk mengubah ciptaan Allah S.W.T


Salam~ um.. Hari ni lina nak cerita pasal seorang lelaki yang telah mengubah dirinya menjadi wanita.. 
Korang mesti pernah tengok kan? zaman sekarang ni, kalau boleh semua nak diubahnya..
sebelum lina merapu panjang lebar lagi baik mula berceritakan?

Disebuah kampung, terdapat sebuah keluarga yang terdiri daripada ibu,ayah dan seorang anak lelaki. Ahli keluarga tersebut sering berpindah rumah disebabkan perangai anak lelakinya itu. Anak lelakinya itu memang teringin sangat nak menjadi seorang wanita/perempuan. Mula2 anaknya itu memakai mekap.. Jalan lenggang-lenggok pergi pasar..

"Emak, cantik tak Syam pakai mekap ni?" tanya Syam kepada ibunya. "Engkau ni kenapa syam?! pakai macam ni! jangan buat malu mama!" ibunya begitu marah sekali. "Hish! mama ni..dahlah. Syam nak keluar pergi pasar.." Syam pun meninggalkan ibunya yang terjerit-jerit memanggil namanya. Ibunya berasa sungguh sedih..

(keesokannya)

Syam menuruni tangga sambil memakai rambut palsu, memakai baju perempuan, memakai mekap. Apakah itu? "Emak, cantik tak syasya? cantik tak mak?" emaknya terkedu melihat anaknya itu. "Engkau buat apa ni Syam?! nanti kalau ayah kau tahu mak nak jawab apa Syam?!!" balas emaknya dalam keadaan yang bercampur baur. "Syam dah tak ada! dia dah mati.. Sekarang ni hanya ada Syasya!" Tiba-tiba ayahnya pun datang, melihat anaknya yang berkeadaan begitu, ayahnya berang sekali.. Ayahnya bertindak dengan memukul anaknya yang sudah mengubah ciptaan Allah. Syam mengadu kesakitan. Dia berlari naik ke biliknya. 
"Awaklah tu.. manjakan dia sangat. Mana saya nak letak muka ni?!" ayahnya menyalahkan ibu Syam. "Saya pun malu bang, saya tak tahu nak cakap apa lagi.." si ibu membalas dengan nada yang sedih.

(semasa kematian Syam)

Telah ditakdirkan oleh Allah, Syam meninggal dunia. "cepatlah mandikan jenazah ni. Dah nak setengah jam menunggu ni" kata seorang penggali kubur yang dikenali sebagai atuk. "Saya bukan apa tuk, saya rasa yang jenazah ni bukan perempuan, macam ada yang tak kena." balas si pemandi jenazah wanita. "eh.. tak-tak.. anak saya perempuan,bukannya lelaki." si ibu cuba nak menafikan realiti. Setelah mendengar ibunya berkata begitu, mereka pun menguruskan jenazah itu. Setelah dikafankan, Darah memancut keluar daripada dadanya, kemaluannya, dan mukanya menjadi berkuping-kuping. Nauzubillah! 
Atuk pun bertanya kepada ibu dan ayah Syam, "betul ke anak puan ini perempuan?" "betul tuk, anak kami perempuan," mereka masih menipu lagi. Malu nak mengatakan perkara yang sebenarnya. Ibuunya memanggil ayahnya di dapur, "bang, saya dah tak tahan lagi ni, tak baik menipu. bagilah tau perkara yang sebenar." Akhirnya, mereka memberitahu atuk, perkara yang sebenar.. Atuk memandikan semula jenazah tersebut..
Semasa perkebumian, darah masih memancut keluar. Mereka tidak boleh berbuat apa-apa melainkan tanam sahaja jenazah tersebut.. Allahuakhbar! Itulah balasan yang Allah berikan.. Baru sahaja didunia, kalau di akhirat pula bagaimana?? Renung2kan..

Nota Tangan: Kisah ini, saya petik daripada TANAH KUBUR. Kisahnya sebenarnya panjang lagi..tapi yang ini Lina petik sikit2 je dah lah ek?Banyak pengajaran yang dapat kita peroleh. Antaranya, janganlah kita mengubah ciptaan Allah, itu merupakan dosa yang besar. Yang kedua, kita haruslah bersyukur dengan apa yang Allah berikan, setiap ciptaanNya memang sangat teliti. Yang ketiga, banyaklah mendekatkan diri kepada Allah untuk dijauhkan daripada perkara2 sebegitu. 

0 comments:

Post a Comment

Komen yang elok2 tau ! terima kasih datang ke blog ni ! nanti datang lagi ek? rajin-rajinlah bagi komennnnnn~ ^.^v